Monday, December 12, 2011

Dulu lain sekarang lagilah lain.

Dulu nakal kot. Masa darjah 1 duduk sebelah budak lelaki ni, selalu buli dia. Lepas tu dia nangis. Lepas tu aku cakap 'Eleh kau ni dah la lelaki, menangis pulak tu'. Dia terus senyap. Pandai, dengar pon cakap aku. Naik darjah 2 aku selalu ejek sorang budak ni. Dia gewam dia pukul kepala aku dengan apa entahh. Aku menangis. Lol perempuan okayy je kalau nangis :P Okay ni satu part aku tak tahan gila. Biasalah kan kalau ada budak baru masuk je mesti jadi hotsetap kann. Ada lah member aku punya member suka dekat budak baru ni siap hantar surat tulis mcm ni :

Hai, nama saya .....
Saya suka awak.
Awak suka saya tak?
Sila gariskan jawapan yang betul
Ya / Tidak

Aku dah BAHAHAHAHA gila gila. Dalam hati je lah. Pendiam kan :P Darjah 3-4 mcm tu pindah Presint 8. Ada satu hari ni. Exam BM. Biasalah buat karangan. Baca punya baca soalan kena buat satu karangan yg tajuk dia mcm ni :

Buat satu cerita yang bermula dengan "Sedang aku berjalan menuju ke arah selekoh itu, aku ternampak ..."

Aku pon blurrr kejap. Selekoh tu apa weh -___- Bengapss kan darjah 4 pon tak tahu selekoh tu apa. Sedih mak aku kalau tahu :( Aku pon nekad tanya member yang duduk depan aku. Masa tu ujian bulanan, so tak bothered lah nak jarak jarak meja bagai. Lagipon sekolah tu memang arrange meja dalam group. Satu group ada 6 orang and ada satu computer. Okay sambung, aku pon bisik bisik lah dengan member aku ni. Aku tanya dia selekoh tu hapa benda. Dia pon 'Ala yang benda kuning hitam tepi jalan tuu'. Dia siap lukis atas meja bentuk selekoh. But still aku tak tahu selekoh tu apa. Pandai gila kann? Last last aku taram je wehh buat essay pasal selekoh tu. Lebih kurang mcm ni lahh:

"Sedang aku berjalan menuju ke arah selekoh itu, aku ternampak lembaga hitam melambai lambai ke arah ku. Aku takut jadi aku lari. Tetapi dia tetap menghampiri aku."

Mcm tu lah lebih kurang. Pointless gila kan. Orang kalau selekoh confirm lah cerita pasal accident ke hapa ke. Ni buat cerita hantu -___- Serious weh dulu aku ingat selekoh tu SEKOLAH. Cikgu yang buat soalan tu SALAH EJA. Bahahaha suka hati je.

Naik darjah 5 sampai sekarang dah jadi baik sikit lah. Pendiam HAHA. Bukan pendiam weh, tk tahu nak cakap apa -___-

1 comment:

  1. Bhaha bapak lawak gila kau . Selekoh tu sekolah -.-' comel gile wehhh

    ReplyDelete